Kaku.

  
Siapa Hani?

Hani adalah kawan baik Lisa. Mereka mula berkawan pada penghujung tahun 2005. Setiap dating antara aku dengan Lisa, kadang-kadang, akan ada Hani. So she's our friend. Jauh di dalam sudut hati aku, yes aku admit, aku sayang dia.

Lima tahun kemudian, Lisa berkahwin dengan lelaki lain. Aku lari sejauh mungkin. Lari dari Lisa, Hani, dan Norah. Patah hati kononnya. Ending yang bodoh. Tapi, beberapa bulan kemudian, Hani call aku, marah dengan tindakan aku. Dia nak aku faham, yang dia, sentiasa ada dengan aku, untuk aku. So, telah wujud satu perasaan antara aku terhadap dia. Trust. Aku ada bagitau dia satu rahsia paling besar dalam hidup aku.

So... Siapa Hani?


.


"Hello, Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Kat mana tu?"

"Kat umah la. Nape?"

"Bising ja."

"Ni ha Lisa tengah membebel ape tah. Nape ni?"

"Saja. Tengah buat apa tu?"

"Tengah siap-siap la ni. Nak pegi bank."

"Dengan Lisa?"

"Yup."

"I kacau you?"

"Actually... Tengah busy ni."

"Ouh, okay. Sorry kacau. Saja call nak dengar suara you."

"Okay-okay, nanti kite borak lagi ye."

"Okay Hani."

"Bye."

* Letak phone.


.


"Aku nak cakap, aku rindu kau la."

2 comments:

EZAN IDMA said...

apsal tak cakap!!!!

Dya Zai said...

haha lambat laaa :p