Antisosial.

   
"Sorry tak dapat teman you hari ni."

Mesej simple dari Hani. Nampak senang nak baca tapi susah hati ni nak terima. Tapi biarlah. Siapa dia? Siapa aku? Dia peduli? Aku peduli? Biarlah.


.


Aku pandang awek sebelah ni. Comel. Bertubuh seksi.

"You dah makan?" Aku mula mengayat dia.

Dia diam ja. Jual mahal la konon. Aku ayat lagi.

"Takkan tinggal sat pun dah merajuk?"

Dia diam lagi.

"You marah I?"

Dia masih diam, tak bergerak.

"Orang cakap, marah tu... tanda sayang. You sayang I kan...?"

Dia diam jugak. Tah kenapa dia jadi bisu hari ni.

"You. Jangan la merajuk macam ni. Walaupun I ada Nini, tapi I still sayang you."

Dia masih lagi diam, kaku. Aku tak tahan lagi, aku jerit panggil nama dia.

"Mira!"

5 comments:

Päk Läng said...

Kontrasosial

Unknown said...

hahaha dia diam sbb malu kot

Asfa said...

Dah selalu main pun nak malu.

Rusa said...

apa kata kita kenalkan dia dgn Jack

Asfa said...

Sila datang rumah I bersama Jack.